Tuesday, March 30, 2010

HOMESTAY DI PANTAI TELUK KEMANG , PORT DICKSON











Terletak di batu 8 Teluk Kemang, Apartment Sri Bulan sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Lokasinya yang berhampiran dengan tarikan utama Pantai Teluk Kemang (5 minit), membolehkan para pengunjung menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti, sama ada hanya bermandi-manda sahaja mahupun aktiviti yang lebih menarik seperti menaiki ‘banana boat’, ‘jet ski’ dan sebagainya.

PMC Resort mempunyai sebuah Apartment Sri Bulan untuk disewakan. Ianya adalah sebuah apartment 2 bilik, dengan setiap bilik mempunyai sistem penghawa dingin. Set ruang tamunya lengkap dengan TV, set sofa, meja kopi (coffe table) dan rak televisyen.

Bilik utama mempunyai sebuah katil bersaiz “queen” lengkap dengan set bilik tidur manakala bilik tidur kedua mempunyai sebuah katil “queen double decker”, yang turut dilengkapi dengan set bilik tidur.

Bagi mereka yang suka memasak atau makan secara santai beramai ramai, mereka boleh berbuat demikian kerana apartment ini turut mempunyai set dapur yang lengkap :- kabinet dapur, peti sejuk, set pinggan mangkuk, ‘water heater jug’ dan cawan.

Terdapat tempat khas untuk mereka yang berhajat untuk melakukan aktiviti ‘Barbeque’. Tempat ini sangat menarik kerana ianya berdekatan dengan kolam renang dan juga menghadap ke laut.

Kadar Sewaan
weekend : rm200/night
weekday : rm170/night

No unit adalah B208

sila hubungi

Fariz @ Tuah 013 – 393 1828

Hana 013 – 291 9163

4 comments:

  1. Salam..utk 3 bilik ade x??baper harga pernight utk 3 bilik??

    ReplyDelete
  2. Slm.sy nk tnye if sy nk book tuk rye ke 3.(10hb8)bp ye 1 mlm.bole byar in bank x?

    ReplyDelete
  3. salam..utk 28/06/14 ada kosong tak?

    ReplyDelete